konco-konco ku

kamu si cantik / kacak yang ke

kaMi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, April 24, 2011

contest Alya : Aku dan Alam

asalamualaikum semua... ok aku ikut contest lg...ini cubaan ke-2 
kali neh contestnya tentang alam memandangkan aku pencinta alam jadi aku sangat berminat untuk ikut contest ini...

contest ini best tau walaupun aku tak tau apa hadianya kenapa aku kata best bab buruk mcm mn pon muka kita ia ttp cantik kerna kita gambar gan alam kalo tak caya tengok gambar2 yang aku pertaruhkan... tapi sebelum tue tuk sesiapa yang nak join contest ini korang  tekan lar kat sini 
dan aku tag kat dorang

akhir sekali mari kita tengok 3(eh bole ker??) keajaiban alam dan keindahannya

1. gambar ini time kemping pengakap kat bukit smk tebobon... cantik pemandangannya nampak gunung dan aku suka hijaunya...



2. yang ini gambar time memancing duduk tgu ikan makan mata kail  gambar neh sebenarnya candid e2 lar pose nya pun buruk semacam tapi jgn tgk posenya tgk suasana alamnya yang cantik.


3. ini pun gambar candid dorg adik,kakak dan anak buah ku. aku yg sdiri gambar toksa tgk dorg 2 tp tgk kehijauan semak kat belakang 2 cantik damai jer mata menadang hilang rasa penat.ajaibkan alam kita neh walau hanya semak tapi ia tetap cantik



p/s:kpd pengadil follow aku back yer aku dah follow u hehehehhe(jan mara)

Saturday, April 23, 2011

Poco-poco tak haram

ok neh lagi satu ceta aku tak faham lar kejap haram kejap tak haram...apa cer sebenarnya neh tapi seriusly dari sejak ada poco-poco neh aku memang tak suka tarian neh...

SEPANG: Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, memutuskan masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak ber­­­ten­­tangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007. nak berita lebih lanjut 
tekan kat sini

Sperma mati dek ‘gadis penyedap’

mengerikan... tapi biasa lar manusia dah dibalas tuhan baru nak insaf...


IPOH: Dosa maksiat dengan ratusan ‘gadis penyedap’ sudah lama berlalu, namun episod derita baru bermula buat seorang suami selepas disahkan mandul akibat penyakit kelamin berpunca daripada kelakuan liarnya sebelum ini.


nak ceta lanjut tekan sini

blog yang terbiar...

asalamualaikum semua....
lamanya blog aku terbiar hampir 2 kot... aku sangat busy + x semangat lagi nak memblog hehehhe...tapi walaupun pun blog terbiar aku masi lagi rajin baca2 blog kawan2 yang lain cuma malas jer nak post blog. ini semua gara-gara kereta aku yang masih belum lagi siap di bengkel semangat ikut gan keta d bengkel... abis bulan neh genap lar 2bulan aku x berkereta sob sob sob... dua bulan tak memblog banyak juga lar perkara yang tejadi di blog aku neh...google tak nak lagi guna email lain selain gmail jadi tpaksa lar aku buka akaun gmail walaupun pun x berapa faham. tpi dalam malas2 aku nak post ceta aku ada belajar beberapa pekara tentang nak cantikkan blog mcm bagaimana nak letak gambar sendiri kat shoutbox kita dan hasilnya sangat membanggakan aku...nak juga tambah2 lagi yang lain tapi takut blog berat nnti lambat nak buka.. so setakat ini aku dah puas hati gan shoutbox aku jak...ok sampai disini dlu ya nnti aku post something yang best lagi...


Wednesday, March 30, 2011

susahnya huhuh

aduh susahnya x kenderaan mau gerak ke mana2 pun terbatas... aku neh mau g pejabat pos ada barang baru sampai tp ssh mau gerak x keta mau nek bus rumit.... pejabat pos x jauh tp kamu pecaya atau tidak d bandar kk neh kita terpaksa naik bus dua kali baru lar sampai betul2 d pusat bandar huhuhuhuh rumit...

Monday, March 28, 2011

oh cikgu saiffulah....

asalamualaikum dan selamat malam...
ok mlm nei aku lepak kat bilik tengok drama gemilang sambil tunggu suamiku sayang balik dari kk..
best gilerr drama gemilang best bab ada SHAHZ JAZLE belakon sbagai cikgu saiffulah.. aduh kalo lar cikgu aku dlu2 kacak gilerr mcm cikgu saiffulah sumpah aku tak tidor dlm kelas time dy mengajar wahahahah... ya allah sempurna ciptaan mu kacak tul shahz jazle...


sebagai info drama ASMARA pun aku minat bab ada SHAHZ JAZLE wakakakakka... pelakon lelaki yang aku minat abad ini...

Sunday, March 27, 2011

conTeSt sWeEt CoUplE yanG Paling cooL N comEl

ok untuk pertama kalinya aku ikut contest di blog.. selama ini memenag aku nak ikut contest2 yg mcm neh tapi aku x pandai but kali ini aku mencuba sapa tau aku menang heheheh 
gambar yang paling cute aku pertaruhkan heheh
l
l
l
l
V
hehhe ini lar gambar btuah aku dan ag nazamudin ku sayang..
time camping pengakap santai2 dengar lagu sementara menunggu budak2 bebaris..
waktu neh best giler bab dapt rehat setelah penat bkerja. 3ari 2mlm campingnyer beb
baiklar kawan-kawan kalo berminat gan contest ini kamu tekan jer ni dekcik (http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/02/sape-nak-join-contest-first-time-dekcik.html) pengadil contest ini 

tarikh tutup contest ini pada:
24 feb 2011 - 31 mac 2011

aku tag contest ini gan:

aku mau menang(amin) bab hadianya rm50 cover minyak keta seminggu beb..wakakak

Saturday, March 26, 2011

earth hour


ok jangan lupa tau jam 8.30 - 9.30 malam ini off semua lampu2 kat ruma kalo bole semua bekalan eletrik kamu wakakakkaka.. aku masuk tahun ini dah 3 tahun lah aku support kempen ini... selamatkan lah bumi kita ini....


bumi kita dah sakit so sama2 lar kita ubatinya...

Thursday, March 24, 2011

slowwwwwwwww...

aduh tekanan sangat2 internet sangat2 slow kin panas... kalo lar aku kaya aku akan guna internet paling laju di dunia, tapi apa internet paling laju ar????

Tuesday, March 22, 2011

mAC 2011

ok bulan yang sangat penuh gan dugaan.. sabar jak yang mampu aku buat.
14/03/11 kami accident di limbang hingga sekarang kereta masi di limbang tidap dapat tarik bab masalah dua negara dan masalah duit.  20/03/2011 nenek tersayang meninggal dunia huhuhu sedih gila rasanya pas neh balik kampung teda uda penyeri bab selama ini nenek lah penyeri di kampung.. ya allah kuatkan lah aku..

Thursday, March 17, 2011

kegilaan suamiku ikutanku..





suamiku ada hobi memancing yang menggila, hingga sanggup menghabiskan duit hanya untuk membeli pancing. tidak kira waktu kalo datang gian tuk memancing dia akan pergi memancing. walaupun setakat ini belum perna dapat ikan besar hahahah... hobinya memjadi ikutan aku, mula2 sangat2 membosankan bagi aku lama-kelamahan menjadi kebiasaan aku pulak dan terasa bestlah pulak dan seakan-akan mahu menjadi kegilaan aku juga wakkakaka apa pun memancing sangat2 mendamaikan dan menghilangkan segala stress aku...





aku bukanlah minat memancing yang sangat2 tapi aku seorang pencinta alam jadi aku tidak perna kisah atau bosan bila di ajak memancing oleh suamiku hinggakan hobinya menjadi ikutan ku. sambil memancing sambil berjumpa dengan kekasih hatiku iaitu keindahan alam, permandangan laut yang cantik dan mendamaikan,kesempurnahan alam ciptaan allah.

aku dan sakit ku

ok 3hari sejak accident di limbang badan ku totally sangat2 sakit. dari leher sampai ke kaki sakitnya. kini leher bertambah2 sakit gara2 tempat tidur yg tidak selesa aku tidur di sofa. bila lah agak2nya badan ku neh membaik

Wednesday, March 16, 2011

lama sangat tidak update blog.. huuhu rindu gilak

keretaku oh kereta

14-03-2011 hari itu dalam sejarah, aku dan seluruh keluarga balik dari miri sarawak setelah menghadiri acara perkahwinan abang di sana. keretaku hancur kami accident di limbang sarawak selepas keluar dari negara brunei . menangis x berair mata jak aku nampak kehancuran kereta time2 kering lagi nie. aduh dugaan apa lah nie. sabar jak lar yang mampu ku buat, mahu salahkan kereta depan pun teda guna kereta bapa juga huhuh. paling sandis lagi accident di negeri orang lain mati akal sekejap bab teda tempat mahu minta tolong nasib lah ada hamba allah yg baik hati menolong kami walaupun baru kami kenal time2 kami cemas accident. macam tidak bernafas jak saat mati akal ya allah pasrah saja lah aku..


kereta ku yang hancur












kereta bapa turut hancur





Wednesday, March 9, 2011

fakta hari wanita


Kemarin 8 Mac 2011 adalah Hari Wanita Sedunia yang ke-100 tahun. TemaHari Wanita Sedunia untuk Tahun 2011 ialah"Kesamarataan Peluang Terhadap Pelajaran, Latihan, Sains dan Teknologi: Laluan Kerjaya Terpuji Untuk Wanita".  

Kenapa Hari Wanita Sedunia diraikan?  Ianya adalah simbolik kepada wanita seluruh dunia yang berjuang untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam hidup wanita.

Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 Mac 1857. Pada tarikh inisatu mogok besar-besaran telah diadakan oleh beratus wanita yangmenjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Merekamelancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakatkapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gajiyang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempatkerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian dibulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilihtarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 ,Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 Mac sebagai sebagai Hari Wanita Sedunia.

MATLAMAT

Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama adadalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanitabergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan padamasa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.

Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suamimahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukanperhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yangbekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yangditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anakke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan ataukemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anakmahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyaratpenting kepada wanita yang bekerjaya. (Sumber: SINI)

ko kurang ajar gan aku, aku 10x lebih kurang ajar

askum.. ok hari ini lambat aku sampai office tidak lar telampau lambat 10minit lagi jam punch kad akan masuk jam8pg.. tapi di depan pintu masuk office terjumpalah kawan yang perna janji kan aku tuk pinjamkan gambar buat aku nak scan (gambar time kursus).. time tue c kawan lepak gan geng2nya yang lain aku kenal juga lah. sedang aku nak cepat2 bab takut merah punch kad geng c kawan yang 1 sibuk lah pulak nak tengok gambar 2 dah dia tau aku lambat dah tapi dia gan buka bodoh hodohnya lambat2 lagi tengok gambar tue so aku dengan lembut cakap bawa cni lar gambar (cakap gan lembut ok) boleh2nya dia teriak kan aku "ko sabar ba"!! apa lagi mud awal pagi yang sedang sejuk2 jadi panas apa lagi aku gan baran aku teriakkan dia lah depan kawan2nya, "sebelum2 neh ko x pulak tengok sekarang baru ko mau sibuk"!!!! terus rampas gambar tersebut....
ok moral of the story. please lar kalau orang dah cakap baek2 balas lah gan baek2 juga lar bukan susah kan sekurang2nya sejuk juga ati orang lain... kalau ko kurang ajar gan aku, aku 10x lebih kurang ajar gan kau faham...

Monday, March 7, 2011

back to kerjaaaa!!!!


aku p kursus





huuhu setelah seminggu aku tidak datang kerja (aku p kursus ar bkn ponteng) rasa fresh pulak datang kerja..... seminggu kursus sangat2 membosankan bukan apa ceramah melulu bah... jadi aktiviti yg aku buat tidur lah apa lg heheh.. seminggu mendengar ceramah sangat seksa rasanya nasib wajib hadiri kursus itu (untuk pengesahan jawatan) kalau tidak sumpah aku tidak mahu pergi, seminggu kursus 4hari dengar ceramah dari jam8 pagi - 4 petang (bayangkan penderitaan aku tue) sangat2 ketat jadual waktunya sampai tidak ada masa untuk curi2 keluar buang kentut ahahahhaha. hari ke5 exam time ini lar paling best masa dibagi untuk menjawab 1jam 30minit tapi aku x sampai 10 minit uda abis jawab (temberang kan) ahahhaa yang kesian makcik-makcik dan pakcik-pakcik lah bab kepayaan menjawab.

aktiviti tulus menulis agar x mengantuk


selama mendengar kursus 1sesi saja yang best sesi ceramah bertajuk text ucapan. kalau lah semua penceramah mcm ini kan best x lah kita derita menahan mata. sumpah aku x ada ruang untuk rasa mengantuk time sesi ini.. tapi apa-apa pun aku telah tamat kursus dengan jayanya dan aku berharap aku lulus hehehhe amin

Thursday, February 24, 2011

ambuyat oh ambuyat

semalam makan ambuyat urmmmmmmmm sedap...
walaupun aku tidak tahu mcm mn mau wat ambuyat ini tapi aku tetap suka juga... nasib mentua ada masakkan hehheheheh


inilah ambuyat hasil nukilan mentua dan suamiku ahahahh

Tuesday, February 22, 2011

radio hot fm best hari ini!!!

askum semua...
rasanya buat petama kali hari neh time drive aku bagi kuat sangat2 radio seawal jam6.20am. tidak perna2 aku buat gini selama ini.. kalo pun aku bagi kuat time aku dengar cd bukan siaran hot fm.. tapi hari nie memang hot fm sangat hot bab semua lagi yang di mainkan lagu2 Allahyarham Sudirman Hj Arshad.  jom kita layan hot fm.

rasa2 adakah lagi penyanyi mcm dia neh ar...??

*kejap aku cari2 dlu info pasal beliau ya nnti akan ku kongsikan dengan smua..

Monday, February 21, 2011

hujung minggu

hari jumaat cuti, cuti terpaksa... banyak sangat urusan
hari sabtu pergi papar. hadiri kenduri disamping tu pergi memancing..
hari minggu abiskan masa di rumah mamaku sayang.





memancing aktiviti wajib


Monday, February 14, 2011

aktiviti malam maulidul rasul

umat: aku, suami tercinta, adik ipar (kici) dan abg hamdan

lokasi: tepi pelabuhan kk

time: 10.36pm

tarikh: 14 feb 2011 mlm maulidul rasul /hari kekasih ahahha

aktiviti : memancing dan tulis blog
ok kawan-kawan smua memandangkan besok hari cuti so aku mengambil peluang ini untuk lepak-lepak gan suami tercinta untuk memancing lagi pun talut tinggal sdiri di rumah ada hantu ahaahhahaha... agak-agaknya apalah aktiviti kamu semua di malam cuti ini...???

sekarang sedang tunggu ikan makan umpan kalo ada ok lar kalau teda sabar jak la ahahhaha... sambil tunggu2 ikan online la kejap...

Sunday, February 13, 2011

"SAY NO TO VALENTINE!!!"

askum semua beberapa detik lagi dunia akan meraikan hari kekasih atau valentine day. tp kecoh di berita mengatakan orang muslim di malaysia diharamkan untuk meraikan valentine day tersebut. saya seperti biasa sangat menyokong kempen itu.  mungkin ramai yang tidak setujuh dengan pengharaman tersebut tp mari saya kongsikan fakta ini. valentine di kaca mata islam dan mengapa valentine harap bagi kita umat islam.


Menurut pandangan Islam

Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?


“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)


Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.

SEJARAH VALENTINE:

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.


Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.


Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.


Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.


Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

PANDANGAN ISLAM

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?


Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:

“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)


Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.


Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-

Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam masalah 'Valentine Day'.


1. PRINSIP / DASAR
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.


2. SUMBER ASASI
Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.


3. TUJUAN
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.


4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)

Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.


Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.


Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim. Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.


Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.


MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :
“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.


Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.

Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t.:
“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”



saya harap anda sebagai umat islam membuka mata luas-luas dan berfikir betapa berdosanya kita kerana meraikan perayaan yang tidak sepatutnya kita raikan.  valentineday kita bermati-matian menyambutnya tp bila tiba maulidul rasul kita buat-buat tidak tahu. apa kes. so fikir-fikirkan dan renung-rendungkan 


note: thanks to yuki from facebook 

Saturday, February 12, 2011

menu sarapan pagi.

askum semua...
hari ini bangun awal walaupun hari cuti. bangun awal pun sebab sakit perut heheh.
hari ini aku mahu kongsi menu sarapan pagi ku "cuci biskut atau biskut rendam". aku tak tahulah kalau kat negeri lain ada menu ini tapi di sabah memang femes ahahahhaha rata-rata semua orang sabah suka makan biskut rendam dengan minuman panas tidak kiralah apa saja minuman panas tp aku cadanagkan kopi O panas yang kaw2 urmmm sedapppp.  menu ini juga sesuai untuk minum petang sambil santai-sandai tengok tv. Lagi sedap kalau makan ramai-ramai dengan keluarga atau kawan-kawan jadi jangan malu-malu untuk mencuba menu ini.

biskut dan kopi O kaw

Friday, February 11, 2011

ampau kepow

asalamualaikum semua.
hari ini aku sampai office awal tersangat seawal jam6.30pagi hehehhe
segarkan, segar ada sebab hahaha. kemarin adalah hari yang berezeki buat diriku ini sebab aku dapat ampau dari kaum cina yang baik hati hehehe.
sebagai santapan mata kita semua mari kita tengok koleksi ampau aku walaupun tidak sebanyak mana pun tp bolehlah untuk cover minyak kereta selama 2minggu hehehhe






Thursday, February 10, 2011

bestnya cuti raya cina..

aktiviti aku dan suami tercinta masa cuti tahun baru cina :
1. balik rumah mama tolong abang susun duit berian
2.menyertai rombongan keluarga aku pergi hantar duit berian bagi pihak abang 
3.meeting dengan keluarga pasal trip to miri (sempena perkahwinan abang pd 12-13/03/2011)
4.tukar tayar 4biji satu kali(huhuuh melayang lg duit)
5.cuci kain di rumah mama (hehehhe pakai mesin basuh)
6.go away to beaufort (stay di rumah abg hamdan)
7.siang go to pantai sawangan kuala penyu memancing 1hari(huhuhu ikan tidak dapat tp ketam banyak hehehhe)
8.malam balik rumah dengan hujan lebat.
9.sampai rumah jam1
10. apa paling best tidur dengan selesa di tilam ku yang nipis itu wakakakakakka

ok jom kita tengok-tengok foto-fotoku yang santik miahahahha







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...