konco-konco ku

kamu si cantik / kacak yang ke

kaMi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 9, 2011

fakta hari wanita


Kemarin 8 Mac 2011 adalah Hari Wanita Sedunia yang ke-100 tahun. TemaHari Wanita Sedunia untuk Tahun 2011 ialah"Kesamarataan Peluang Terhadap Pelajaran, Latihan, Sains dan Teknologi: Laluan Kerjaya Terpuji Untuk Wanita".  

Kenapa Hari Wanita Sedunia diraikan?  Ianya adalah simbolik kepada wanita seluruh dunia yang berjuang untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam hidup wanita.

Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 Mac 1857. Pada tarikh inisatu mogok besar-besaran telah diadakan oleh beratus wanita yangmenjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Merekamelancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakatkapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gajiyang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempatkerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian dibulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilihtarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 ,Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 Mac sebagai sebagai Hari Wanita Sedunia.

MATLAMAT

Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama adadalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanitabergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan padamasa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.

Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suamimahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukanperhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yangbekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yangditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anakke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan ataukemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anakmahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyaratpenting kepada wanita yang bekerjaya. (Sumber: SINI)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...