konco-konco ku

kamu si cantik / kacak yang ke

kaMi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 30, 2011

susahnya huhuh

aduh susahnya x kenderaan mau gerak ke mana2 pun terbatas... aku neh mau g pejabat pos ada barang baru sampai tp ssh mau gerak x keta mau nek bus rumit.... pejabat pos x jauh tp kamu pecaya atau tidak d bandar kk neh kita terpaksa naik bus dua kali baru lar sampai betul2 d pusat bandar huhuhuhuh rumit...

Monday, March 28, 2011

oh cikgu saiffulah....

asalamualaikum dan selamat malam...
ok mlm nei aku lepak kat bilik tengok drama gemilang sambil tunggu suamiku sayang balik dari kk..
best gilerr drama gemilang best bab ada SHAHZ JAZLE belakon sbagai cikgu saiffulah.. aduh kalo lar cikgu aku dlu2 kacak gilerr mcm cikgu saiffulah sumpah aku tak tidor dlm kelas time dy mengajar wahahahah... ya allah sempurna ciptaan mu kacak tul shahz jazle...


sebagai info drama ASMARA pun aku minat bab ada SHAHZ JAZLE wakakakakka... pelakon lelaki yang aku minat abad ini...

Sunday, March 27, 2011

conTeSt sWeEt CoUplE yanG Paling cooL N comEl

ok untuk pertama kalinya aku ikut contest di blog.. selama ini memenag aku nak ikut contest2 yg mcm neh tapi aku x pandai but kali ini aku mencuba sapa tau aku menang heheheh 
gambar yang paling cute aku pertaruhkan heheh
l
l
l
l
V
hehhe ini lar gambar btuah aku dan ag nazamudin ku sayang..
time camping pengakap santai2 dengar lagu sementara menunggu budak2 bebaris..
waktu neh best giler bab dapt rehat setelah penat bkerja. 3ari 2mlm campingnyer beb
baiklar kawan-kawan kalo berminat gan contest ini kamu tekan jer ni dekcik (http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/02/sape-nak-join-contest-first-time-dekcik.html) pengadil contest ini 

tarikh tutup contest ini pada:
24 feb 2011 - 31 mac 2011

aku tag contest ini gan:

aku mau menang(amin) bab hadianya rm50 cover minyak keta seminggu beb..wakakak

Saturday, March 26, 2011

earth hour


ok jangan lupa tau jam 8.30 - 9.30 malam ini off semua lampu2 kat ruma kalo bole semua bekalan eletrik kamu wakakakkaka.. aku masuk tahun ini dah 3 tahun lah aku support kempen ini... selamatkan lah bumi kita ini....


bumi kita dah sakit so sama2 lar kita ubatinya...

Thursday, March 24, 2011

slowwwwwwwww...

aduh tekanan sangat2 internet sangat2 slow kin panas... kalo lar aku kaya aku akan guna internet paling laju di dunia, tapi apa internet paling laju ar????

Tuesday, March 22, 2011

mAC 2011

ok bulan yang sangat penuh gan dugaan.. sabar jak yang mampu aku buat.
14/03/11 kami accident di limbang hingga sekarang kereta masi di limbang tidap dapat tarik bab masalah dua negara dan masalah duit.  20/03/2011 nenek tersayang meninggal dunia huhuhu sedih gila rasanya pas neh balik kampung teda uda penyeri bab selama ini nenek lah penyeri di kampung.. ya allah kuatkan lah aku..

Thursday, March 17, 2011

kegilaan suamiku ikutanku..





suamiku ada hobi memancing yang menggila, hingga sanggup menghabiskan duit hanya untuk membeli pancing. tidak kira waktu kalo datang gian tuk memancing dia akan pergi memancing. walaupun setakat ini belum perna dapat ikan besar hahahah... hobinya memjadi ikutan aku, mula2 sangat2 membosankan bagi aku lama-kelamahan menjadi kebiasaan aku pulak dan terasa bestlah pulak dan seakan-akan mahu menjadi kegilaan aku juga wakkakaka apa pun memancing sangat2 mendamaikan dan menghilangkan segala stress aku...





aku bukanlah minat memancing yang sangat2 tapi aku seorang pencinta alam jadi aku tidak perna kisah atau bosan bila di ajak memancing oleh suamiku hinggakan hobinya menjadi ikutan ku. sambil memancing sambil berjumpa dengan kekasih hatiku iaitu keindahan alam, permandangan laut yang cantik dan mendamaikan,kesempurnahan alam ciptaan allah.

aku dan sakit ku

ok 3hari sejak accident di limbang badan ku totally sangat2 sakit. dari leher sampai ke kaki sakitnya. kini leher bertambah2 sakit gara2 tempat tidur yg tidak selesa aku tidur di sofa. bila lah agak2nya badan ku neh membaik

Wednesday, March 16, 2011

lama sangat tidak update blog.. huuhu rindu gilak

keretaku oh kereta

14-03-2011 hari itu dalam sejarah, aku dan seluruh keluarga balik dari miri sarawak setelah menghadiri acara perkahwinan abang di sana. keretaku hancur kami accident di limbang sarawak selepas keluar dari negara brunei . menangis x berair mata jak aku nampak kehancuran kereta time2 kering lagi nie. aduh dugaan apa lah nie. sabar jak lar yang mampu ku buat, mahu salahkan kereta depan pun teda guna kereta bapa juga huhuh. paling sandis lagi accident di negeri orang lain mati akal sekejap bab teda tempat mahu minta tolong nasib lah ada hamba allah yg baik hati menolong kami walaupun baru kami kenal time2 kami cemas accident. macam tidak bernafas jak saat mati akal ya allah pasrah saja lah aku..


kereta ku yang hancur












kereta bapa turut hancur





Wednesday, March 9, 2011

fakta hari wanita


Kemarin 8 Mac 2011 adalah Hari Wanita Sedunia yang ke-100 tahun. TemaHari Wanita Sedunia untuk Tahun 2011 ialah"Kesamarataan Peluang Terhadap Pelajaran, Latihan, Sains dan Teknologi: Laluan Kerjaya Terpuji Untuk Wanita".  

Kenapa Hari Wanita Sedunia diraikan?  Ianya adalah simbolik kepada wanita seluruh dunia yang berjuang untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam hidup wanita.

Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 Mac 1857. Pada tarikh inisatu mogok besar-besaran telah diadakan oleh beratus wanita yangmenjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Merekamelancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakatkapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gajiyang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempatkerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian dibulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilihtarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 ,Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 Mac sebagai sebagai Hari Wanita Sedunia.

MATLAMAT

Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama adadalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanitabergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan padamasa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.

Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suamimahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukanperhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yangbekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yangditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anakke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan ataukemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anakmahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyaratpenting kepada wanita yang bekerjaya. (Sumber: SINI)

ko kurang ajar gan aku, aku 10x lebih kurang ajar

askum.. ok hari ini lambat aku sampai office tidak lar telampau lambat 10minit lagi jam punch kad akan masuk jam8pg.. tapi di depan pintu masuk office terjumpalah kawan yang perna janji kan aku tuk pinjamkan gambar buat aku nak scan (gambar time kursus).. time tue c kawan lepak gan geng2nya yang lain aku kenal juga lah. sedang aku nak cepat2 bab takut merah punch kad geng c kawan yang 1 sibuk lah pulak nak tengok gambar 2 dah dia tau aku lambat dah tapi dia gan buka bodoh hodohnya lambat2 lagi tengok gambar tue so aku dengan lembut cakap bawa cni lar gambar (cakap gan lembut ok) boleh2nya dia teriak kan aku "ko sabar ba"!! apa lagi mud awal pagi yang sedang sejuk2 jadi panas apa lagi aku gan baran aku teriakkan dia lah depan kawan2nya, "sebelum2 neh ko x pulak tengok sekarang baru ko mau sibuk"!!!! terus rampas gambar tersebut....
ok moral of the story. please lar kalau orang dah cakap baek2 balas lah gan baek2 juga lar bukan susah kan sekurang2nya sejuk juga ati orang lain... kalau ko kurang ajar gan aku, aku 10x lebih kurang ajar gan kau faham...

Monday, March 7, 2011

back to kerjaaaa!!!!


aku p kursus





huuhu setelah seminggu aku tidak datang kerja (aku p kursus ar bkn ponteng) rasa fresh pulak datang kerja..... seminggu kursus sangat2 membosankan bukan apa ceramah melulu bah... jadi aktiviti yg aku buat tidur lah apa lg heheh.. seminggu mendengar ceramah sangat seksa rasanya nasib wajib hadiri kursus itu (untuk pengesahan jawatan) kalau tidak sumpah aku tidak mahu pergi, seminggu kursus 4hari dengar ceramah dari jam8 pagi - 4 petang (bayangkan penderitaan aku tue) sangat2 ketat jadual waktunya sampai tidak ada masa untuk curi2 keluar buang kentut ahahahhaha. hari ke5 exam time ini lar paling best masa dibagi untuk menjawab 1jam 30minit tapi aku x sampai 10 minit uda abis jawab (temberang kan) ahahhaa yang kesian makcik-makcik dan pakcik-pakcik lah bab kepayaan menjawab.

aktiviti tulus menulis agar x mengantuk


selama mendengar kursus 1sesi saja yang best sesi ceramah bertajuk text ucapan. kalau lah semua penceramah mcm ini kan best x lah kita derita menahan mata. sumpah aku x ada ruang untuk rasa mengantuk time sesi ini.. tapi apa-apa pun aku telah tamat kursus dengan jayanya dan aku berharap aku lulus hehehhe amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...